Apakah sebenarnya KOLAGEN?

MUDA, SIHAT, CANTIK SECARA SEMULAJADI

Apakah sebenarnya KOLAGEN?

Kolagen merupakan struktur protein yang banyak terdapat di "cartilage", "muscle", "tendon", l...
igamen dan tulang.

Kolagen merupakan pengikat yang memegang tubuh kita. la merupakan struktur komponen di dalam badan yang amat penting untuk kesemua tisu- tisu penghubung.

Setiap manusia menghasilkan kolagen secara berterusan. Bagaimanapun, apabila meningkat usia, kehilangan kolagen adalah lebih besar dari jumlah yang dihasilkan oleh badan. Akibatnya proses membaiki dan pembuatan semula sel menjadi perlahan.

Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?
Tiada sesiapa yang mahukan muka yang berkedut atau kulit yang suram. Kita tidak dapat mengelaknya kerana ianya merupakan sebahagian daripada proses penuaan. Bagaimanapun, kita boleh memperlahankan proses penuaan ini. Bagaimana? Dengan bantuan kolagen kerana kekurangannya menjadi penyebab kepada kemerosotan keadaan kulit dan wajah anda.

Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan kolagen. Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'. Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.


Mengapa kita perlu menggantikan kolagen?
Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenamya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan. Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila kolagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kolagen seperti dalam bentuk minuman membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda. Siapa yang ingin muka yang berkedut sekiranya boleh dielakkan dengan pengambilan tambahan kolagen?

Bilakah masa yang sesuai menggunakan kolagen?
Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Kolagen juga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein.


Apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan pengambilan kolagen?

1Pengambilan kolagen secara berterusan dapat bertindak ke atas tanda-tanda penuaan. Antaranya melicinkan tanda-tanda garisan dan kedutan di kulit, agar nampak tegang dan berseri, meningkat keanjalan kulit, menguatkan dan menyihatkan kuku dan rambut, membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan kenyenyakan tidur.

2. Melembabkan kulit yang kering.

3. Kolagen berfungsi sebagai ejen ‘chondroprotective’ yang mana ia melindungi “cartilage” dan cecair synovial bagi membantu mengurangkan masalah dan kesakitan sendi seperti di lutut.

4. Sekiranya kolagen diambil sebelum melakukan senaman atau aktiviti berbentuk fizikal, kolagen dapat memberikan kesan anabolik, iaitu meningkatkan tenaga dan prestasi.


5.Pengambilan kolagen menggalakkan penyerapan asid amino yang penting seperti glysine, proline dan hydroxyproline yang dapat meningkatkan lemak badan. Ia secara positifnya beperanan di dalam pengurusan berat badan.


6. Kolagen mempunyai sifat sebagai anti-beku. Ia boleh mencegah darah dari membeku yang mana dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jantung.

7. Kolagen boleh membantu di dalam masalah melibatkan kulit seperti menyembuh luka dan kebakaran di badan.

Adakah kolagen berkesan?
Pengambilan kolagen membantu keseluruhan badan terutamanya kepada kulit, tulang dan sendi. la merupakan bahan semulajadi yang boleh dihadamkan dan tidak meberikan sebarang alahan. Kolagen merupakan makanan tambahan yang mudah diserap oleh badan dan menghasilkan kesan yang positif. Pengambilan kolagen secara berterusan menghasilkan kulit yang cantik, tulang yang kuat dan mengurangkan kesakitan sendi.

Kulit menjadi lebih tebal, nampak berseri, lebih anjal dan lembab. Anda akan kelihatan lebih muda dalam tempoh seminggu penggunaannya. Kedutan dan garisan kulit akan mula hilang.


Adakah penggunaan kolagen disokong secara saintifiknya?
Ya. Pelbagai kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa telah mengesahkan bahawa kolagen mempunyai keupayaan untuk membentuk mencantikkan kulit, mengekalkan tulang dan sistem lokomotif (tulang, cartilage, tendon dan ligamen). Banyak tulisan di dalam jurnal yang terkenal menyokong kebaikan penggunaan kolagen.

Nasihat penggunaan
Anda haruslah minum banyak air sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari apabila menggunakan kolagen.

Adakah penggunaan kolagen selamat?
Ya. Kolagen dihasilkan menggunakan proses enzim dari kulit dan sisik ikan. Tiada kesan sampingan yang pernah dilaporkan berkaitan pengunaan kolagen.

Adakah ianya HALAL?
Ya. Sumber Collagen Herbalicious White disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

TOMBONG

Apakah Punca Faraj longgar?

APE SEBAB MATA IKAN / JERAWAT / BISUL DLM KULIT TERJADI KAT MISS V???