TOMBONG
Kekenduran Rahim (Prolapse) Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui s aluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar tombong', lihat tajuk Pembedahan) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut. Gangguan perkencingan. Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti k