INFO: ANDA ADA MASALAH PERIOD..???


Masalah Haid


MEHhh..baca 12 kemungkinan kenapa..???
HAID lewat @ tidak datang.

1-TEKANAN>Tekanan dalam bentuk fizikal & mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

2-MASALAH KESIHATAN>Sakit secara tiba2 seperti demam panas,menjalani pembedahan atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

3-UBATAN>Mungkin baru2 ini anda ada baru mencuba jamu@ menjalani rawatan tradisonal atau intensif untuk menguruskan badan.sekiranya betul kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

4-BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN>Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan2 lamanya. sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

5-MENYUSU BADAN>Sekiranya anda menyusu badan terutama secara ekskusif haid anda mungkin tidak datang sehingga berbulan2.

6-MASALAH TIROID>Rasa panas,berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda anda menghidap penyakit tiroid jangan berlengah sekiranya ia sertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

7-GEMUK>Berlebihan lemak dalam badan boleh memberi ketidak seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid cuba kurangkan 10% dari berat badan anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda akan kembali seperti biasa.

8-TERLALU KURUS>Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberi masalah terhadap haid anda.Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet.Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

9-TERSILAP KIRA>Masalah ini juga kerap terjadi.Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka.Asal ia dalam kitaran 21-35 hari haid anda andalah normal.Pastikan mencatit dalam nota hari pertama anda setiap bulan supaya anda tidak lagi lupa dan risau.

10-MENOPOUS>Bagi mereka yang berusia lewat 40'an mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang2 adalah salah satu tanda menopous.Sekiranya bimbang berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat.Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

11-PENCEGAH HAMIL>Sekiranya anda baru2 ini mengambil hormon pencegah hamil seperti DEPO-PROVERA atau IMPLANON ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang.Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid..so jangan risau.

12-HAMIL>Akhirnya sebab mengapa anda lewat haid adalah anda HAMIL..!!!Congrats..!!!Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan bahawa anda hamil..!!!

PUNCA - PUNCA HAID BERLEBIHAN DAN BERPANJANGAN LEBIH DARI BIASA

Ketumbuhan bukan kanser. Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’. Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

Kanser Pangkal Rahim. Apa yang lebih menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahn berpanjangan keluar dari faraj.

Penggunaan
alat perancang keluarga. Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

Kehamilan luarbiasa. Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam nak gugur..

Comments

Popular posts from this blog

TOMBONG

Apakah Punca Faraj longgar?

Info berkaitan CYST dan FIBROID